Tuesday, November 27, 2012

Kelebihan Doa Qunut



Doa qunut ada tiga macam. Pertama, doa Qunut Nazilah, isitu doa yang dibacakan setelah ruku’ (i’tidal) pada rakaat terakhir solat. Hukumnya sunnah hai’ah (kalau lupa tertingal tidak disunatkan bersujud sahwi). Qunut Nazilah dilaksanakan kerana ada peristiwa (mushibah) yang menimpa, seperti bencana alam, selsema burung dan lainnya.
Qunut Nazilah ini mencontohi Rasulullah SAW Yang memanjatkan doa Qunut Nazilah selama satu bulan atas mushibah terbunuhnya qurra’ (para sahabat Nabi SAW yang hafal al Qur’an) di sumur Ma’unah. Juga diriwayatkan dari Abi Hurairah ra. bahawa “Rasulullah SAW kalau hendak mendoakan untuk kebaikan seseorang atau doa atas kejahatan seseorang, maka beliau doa qunut setelah ruku’ (HR. Bukhori dan Ahmad).
Kedua, qunut solat witir. Menurut pengikut Imam Abu Hanifah (hanafiyah) qunut witir dilakukan dirakaat yang ketiga sebelum ruku’ pada setiap solat sunnah. Menurut pengikut Imam Ahmad bin Hambal (hanabilah) qunut witir dilakukan setelah ruku’. Menurut Pengikut Imam Syafi’i (syafi’iyyah) qunut witir dilakukan pada akhir solat witir setelah ruku’ pada separuh kedua bulan Ramadhan. Akan tetapi menurut pengikut Imam Malik qunut witir tidak disunnahkan.

Ketiga, doa qunut pada raka’at kedua solat Subuh. Menurut pengikut Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad doa qunut solat Subuh hukumnya tidak disunnahkan kerana hadis Nabi SAW bahwa ia pernah melakukan doa qunut pada saat solat Fajar selama sebulan telah dihapus dengan ijma’ sebagaiman diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud :
“Diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud: Bahwa Nabi SAW telah melakukan doa qunut selama satu bulan untuk mendoakan atas orang-orang Arab yang masih hidup, kemudian Nabi SAW meninggalkannya.” (HR. Muslim)
Menurut pengikut Imam Malik (Malikiyyah) doa qunut solat Subuh hukumnya sunnah. Begitu juga menurut Syafi’iyyah hukumnya sunnah ab’adl (kalau lupa tertinggal disunatkan sujud sahwi) dilakukan pada raka’at yang kedua solat Subuh. Sebab Rasulullah SAW ketika mengangkat kepala dari ruku’ (i’tidal) pada rakaat kedua solat Subuh beliau membaca qunut. Dan demikian itu “Rasulullah SAW lakukan sampai meninggal dunia (wafat)”. (HR. Ahmad dan Abd Raziq) Imam Nawawi menerangkan dalam kitab Majmu’nya :
“Dalam Madzhab kita (madzhab Syafi’i) disunnahkan membaca qunut dalam shalat Shubuh, baik karena ada mushibah maupun tidak. Inilah pendapat mayoritas ulma’ salaf”. (al-Majmu’, juz 1 : 504)
Kesimpulannya, ketika interpretasi sebahagian ulama bertentangan dengan pendapat ulama lainnya dan makna teks tersurat (dzahirun nashs) hadis, maka yang ditetapkan (taqrir) adalah hukum yang sesuai dengan pendapat ulama yang berdasarkan teks tersurat hadis sahih. Jadi, hukum doa qunut pada solat Subuh adalah sunnah ab’adl, yakni ibadah sunnah yang jika lupa tertinggal mengerjakannya disunatkan melakukan sujud sahwi setelah duduk dan membaca tahiyat akhir sebelum salam. Wallahu a’lam.

No comments:

Post a Comment

My photo
kuala pilah, negeri sembilan, Malaysia

MakLuMaT tUAn NyE BLOG....

Ana nak perkenalkan dari ana....

Nama diberi Nur 'Ismah binti Ibrahim,

Wujud pd 12 November 1990 kat Hospital Besar Melaka,

Membesar di melaka time lahir hingga ana umur 10 thn,

Tika umur ana 10 thn ibunda ana m'bwa sluruh family pindah N9 ibunda ana dilahirkan,

Ibunda ana seorang yang tabah menghadapi pelbagai ujian dan dugaan ketika menjaga ana dan adik beradik ana yang lain. Ibunda ana seorang yang sentiasa memberi kasih sayang yang tidak ternilai harganya untuk diberikan pada anak-anaknya. Baiklah sekarang ana cerita tentang adik beradik ana pulak ea, ana mempunyai 3 orang adik beradik, yang sememang dikatakan ada abang dan adik. Anak pertama yang dilahirkan ialah abang ana yang diberi nama iaitu Muhammad 'Adli bin Ibrahim, umur abang ana sekarang 20 tahun. Abang ana masih lagi seorang pelajar @ siswazah di Universiti Al-Azhar Mesir. Anak ke-2 yang dilahirkan pula ialah ana Nur 'Ismah binti Ibrahim, umur ana 19 tahun. Anak ke-3 yang dilahirkan iaitu Muhammad Shahir bin Ibrahim, sekarang adik ana berumur 14 tahun, seorang pelajar di Maahad As Sofa. Sebelum anda semua tertanya-tanya kenapa ana tak menceritakan tentang ayahanda ana, lebih baik ana cerita, sebenarnya ayahanda ana telah meninggal dunia ketika ana berumur 6 tahun. Tapi tak pe ibunda ana boleh memberinya semua keperluan termasuk segala didikan yang berguna sehingga ana mejadi diri ana sekarang ni. Jadi selepas anda semua baca serba sedikit kisah hidup ana, harapan ana ialah ana mahu menjadi seorang muslimah yang berguna dengan mendapat bimbingan dan sokongan untuk meneruskan perjalanan hidup ini yang penuh cabaran dan dugaan terutama dari ibunda ana dan kawan-kawan ana yang lain. Sekian sahaja yang ana boleh cite setakat nie, nanti kalau ana rajin dan mempunyai masa, ana akan cite dan taip lagi kisah hidup ana wokey...senyum sokmo(selalu)...(,")(",)

Assalamualaikum w.b.t